Cuba untuk memahami kelakuan si bulus anda? Ini perkara yang anda perlu tahu

421

advertisement

Mendengkur

Saya rasa kita semua pernah mendengar kucing berdengkur beberapa kali. Umum menganggap ia merupakan tanda seekor kucing berasa seronok dan gembira, namun ia tidak semestinya bermaksud begitu. Berdengkur adalah bunyi yang dihasilkan oleh kucing melalui getaran di tekaknya. Ia adalah salah satu tingkah laku kucing yang boleh dilihat sejak lahir hingga sekarang. Oleh itu, pakar kucing menganggap dengkuran kucing sebagai cara mereka meluahkan emosi berbeza termasuk gembira, tekanan, atau apabila memerlukan sesuatu. Berdengkur juga merupakan salah satu mekanisme kucing untuk menenangkan diri mereka. Hal ini adalah kerana saintis pernah memerhatikan ibu kucing yang berdengkur apabila mula masuk fasa kelahiran anak. Sebelum anda menyimpulkan bahawa kucing anda berdengkur kerana berasa gembira, ia sebenarnya mungkin sedang cuba memberitahu masalah atau kesakitan yang dihadapinya. Untuk memahami sebab kucing anda berdengkur, anda harus juga memerhatikan jika terdapat tanda-tanda kucing anda memerlukan sesuatu.

advertisement

1 / 20

advertisement